Bayi Dibakar Dalam Tong Sampah, Manusia Hilang Akal?

Saya pasti semua terkejut mendengar berita kejadian bayi ditemui dalam
tong sampah yang mati dibakar. Terkejut dan pasti ramai akan menyumpah
seranah tindakan tidak berkeperimanusian ini. Hilang akalkah manusia
begini?

Malam ini merupakan satu lagi titik pemula kepada kes-kes sembilan
bulan akan datang. Pasti semua mengerti kenapa saya berkata demikian?
Malam ini merupakan malam yang akan diraikan sebagai malam kasih
sayang. Malam pasangan tidak halal mengadu berahi.

Kempen tidak berseluar dalam yang disebarkan kepada remaja perempuan
sempena tanda kasih sayang kepada pasangan kekasih masing-masing
adalah sampah semata-mata. Kasih sayang apakah itu?

Ramai pasangan berkahwin secara halal yang tidak mendapat anak,
sanggup mencuba apa sahaja cara untuk mendapat cahaya mata pertama.
Tetapi ada manusia persis binatang di luar sana yang senang sekali
membuang kurniaan dan amanah Tuhan kepada dirinya. Bodohkah kamu?

Kalau sembilan bulan akan datang timbul mendadak kes-kes sebegini,
janganlah hairan, kerana malam ini menjadi titik benih-benih mani
lelaki jatuh ke dalam rahim wanita yang tidak halal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Uang Masuk ke Rekening Tiap Menit